Saturday 2 February 2013

FAKTA KESIHATAN =)




Rumpai laut kaya dengan pelbagai unsur mineral seperti natrium, kalsium, magnesium, kalium, klorin, sulfur, fosforus dan pelbagai mikronutrien yang diperlukan oleh badan kita.
Rumpai laut perang seperti Laminaria dan Sargassum umpamanya, mengandungi kandungan iodine yang tinggi. Iodine sangat diperlukan oleh badan untuk menghasilkan hormone tiroid, yang berfungsi untuk mengawal kadar metabolic, mental dan perkembangan fizikal yang normal.

Dalam bidang perubatan, rumpai laut dikatakan mampu menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, kanser prostate, penyakit beguk dan ketumbuhan.

Rumpai laut juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit radiasi, menghalang pertumbuhan tumor kanser payu dara., merawat jangkitan saluran kencing, sakit tekak, pembengkakan kaki (beriberi) serta menyingkirkan kahak.

Selain itu, rumpai laut juga dipercayai dapat membantu golongan yang mempunyai masalah kegemukan (obesity). Sebatian fucoxanthin yang terdapat di dalam rumpai laut berupaya menurunkan berat badan. Sebatian ini bertindak dengan meransang protein, UCP1 yang terdapat pada rangkaian ‘white adipose tissue’ iaitu sejenis lemak yang mengelilingi organ dalaman.


Seterusnya, ransangan ini menyebabkan pengoksidaan lemak dan dditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan badan. Hal ini dibuktikan melalui satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Hokaido, Jepun. Dalam kajian tersebut, haiwan yang diberi makan rumpai laut telah mencatatkan penurunan berat badan 5-10%.



No comments:

Post a Comment